Wednesday, April 3, 2013

Sungai Emas? kubu pertahan zaman kuno?

Assalamualaikum, 안녕하세요?

      hihi..hari ini saya nak cerita psl universiti saya. Sekarang sudah sebulan saya disini. Kehidupan universiti boleh tahan, boleh dikatakan susah juga. Walaubagaimanapun, disebabkan saya ada asas bahasa Korea yang agak kukuh, ia amat membantu saya dalam kehidupan seharian disini. Sebagai pelajar pertukaran, saya hanya mengambil 4 mata pelajaran, iaitu Korean Language Writing and Listening, Korean Language Speaking and Reading, Korean Linguistic dan kelas English. Sebenarnya tujuan saya mengambil kelas bahasa Inggeris adalah disebabkan ingin bertemu rakan2 Korea yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Berlatarbelakangkan asas bahasa Korea yang hanya lebih kepada pertuturan seharian (major saya ialah Korean Studies di UM) namun, apabila melibatkan penggunaan ayat yg bersifat teknikal seperti di dalam kelas Korean Linguistic, saya dan Uni mengalami pelbagai kesukaran untuk memahami apa yg di ajar oleh pensyarah. Pensyarahnya yang berloghatkan saturi 사투리 wilayah Gyeongsang-do ( wilayah yang menempatkan beberapa bandar besar Korea Selatan seperti Daegu, Busan, Ulsan dan sbgnya yang semestinya jauh berbeza berbanding bahasa Korea standard) ketika mengajar menambahkan lagi kesukaran kami untuk memahami apa yang diajar T.T kebiasaan selepas kelas saya dan Uni akan mengeluh '오늘도, 또 무슨 말인지 모리겠어!' atau ' Hari ini, sekali lagi taktau apa yg dikatakan beliau!' haha..ternyata ayat ini sudah menjadi trademark kami di kelas beliau.
      Apabila bercerita mengenai kawasan persekitaran universiti saya, sebenarnya universiti saya terletak di kawasan bersejarah kuno Korea iaitu dahulunya wilayah ini dikenali sebagai wilayah Paekchae, Shilla dan dapat dilihat disini masih terdapat kubu- kubu pertahanan yang masih dijaga rapi sehingga kini. Terdapat sebatang sungai yang sangat cantik berdekatan dengan universiti, Keum Kang (금강) atau Sungai Emas yg mempunyai kepanjangan 86 KM. Menurut rakan2 disini, sekiranya musim panas, ramai orang memancing di sini. Tentu pelbagai jenis spesis ikan terdapat disini.궁금해~ ㅋㅋ  Di persisir sungai juga dapat dilihat ramai yang melakukan aktiviti bersenam, mengayuh basikal yang dapat dipinjam secara percuma atau melakukan piknik bersama keluarga atau rakan2 terutamanya pada musim bunga. Rakan saya mengatakan permandangan di persekitaran sungai pada musim bunga sangat cantik kerana pelbagai bunga akan mekar. Oleh itu, sekiranya bunganya sudah mekar saya akan mengupload ke dalam blog ini. Sila nantikannye~

permandangan sekeliling kampus

jalan yg harus dituruni dan dinaiki sekiranya ingin ke kelas T.T  tinggi!~~









Pelbagai aktiviti pelajar dilakukan di stadium ini seperti Festival menyambut pelajar baru (freshman) dan sebagainya



di kisuksa atau asrama


ketika di kelas
permandangan di sekitar Keum Kang

disebabkan gambar ini diambil ketika musim sejuk, hanya dapat dilihat sungai sahaja^^








dapat lihat di seberang sungai merupakan tapak2 kubu zaman kuno dahulu




                         


Tuesday, April 2, 2013

TRIP KE BANDAR TERPANAS KOREA SELATAN, DAEGU^^

Assalamualaikum 안녕하세요,

                Pada jumaat lepas, 29 Mac saya dan rakan2 Indonesia, Uni dan Putri telah melancong ke Daegu, Korea Selatan. Walaupun ini bukanlah kali pertama ke Daegu, namun perasaan pergi bersendirian bersama teman2 baru sesungguhnya sesuatu pengalaman yg baru.

               Selepas tamat kelas jam 10, saya dan Uni bergegas ke dorm masing2 untuk mengemas barang dan telah berjanji untuk bertemu kak putri pada pukul 12 di apartment beliau, yang berdekatan dgn uni kami. Selepas segalanya selesai, kami bertiga memulakan perjalanan dengan menaiki bas dari Terminal Kongju untuk ke Usong (우성). Setibanya kami di sana, kami telah mengambil subway atau jihachol (지하철) untuk ke stesyen Daejeon. Dari stesyen ini, kami telah menggunakan khidmat KTX atau Korea Train Express yang merupakan antara bullet train terlaju di dunia. Perjalanan ke Daegu yang biasanya memakan masa 2 jam, dapat disingkatkan selama 1 jam sahaja dari Daejon ke Daegu. 


Uni dan kak Putri semasa di stesyen Daejeon

 Setibanya di Daegu pada kira2 pukul 4, suhu yang semakin meningkat dan cuaca yg sederhana menyambut ketibaan kami. Kami terus menuju ke destinasi kami iaitu Kyungpook National University. Tujuan saya ke Daegu sebenarnya adalah untuk bertemu teman2 dari Malaysia yang juga merupakan teman seuniversiti di Malaysia. Selain itu, tujuan utama saya ke Daegu juga untuk berjumpa kawan2 Korea iaitu Kim Seungho dan Yu Jaegon yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Kami sebenarnya telah bertemu di Korea sebelum sekali lagi bertemu di Malaysia kerana mereka merupakan pelajar pertukaran ke UM pada semester lepas. Kami memang agak rapat kerana sering keluar bersama2. Oleh itu, peluang melancong ke Daegu sememangnya sangat mengembirakan saya.




Permandangan indah cherry blossom 벚꽃 di Kyungpook National University






oppa yg sudah lama tak ketemui Yu Jaegon


bersama oppa yg selalu wat kecoh Kim Seungho








kawan2 UM yg kini sedang belajar di Kyungpook National University. Kami ke restoran Kazashtan untuk menikmati makanan halal, al maklumla, di Korea memang susah nak dpt makanan halal.


Ish2..nasi ni ciput je, rasa pun tak la sedap sgt..habis 8000 won (Rm24) T.T
맛있는 핑수 Pingsu ni macam ABC je, cuma jenis yg simple. Rasanya juga sedap^^




kimbab yg dikira murah berharga 2500 won (RM7.50) 


Saya dan Uni di Hyundai Department Store ketika dibawa berjalan2 keliling downtown Daegu oleh kawan Korea  Seungho oppa









                  Selepas menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam, kami telah berangkat pulang ke Kongju dengan menaiki Mugunghwa (무궁화) iaitu seperti KTM di Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. sememangnya pengalaman melihat bunga sakura atau beotkkot 벚꽃 merupakan pengalaman yg sukar dilupakan. SubahanAllah, memang cantik betul ciptaan Allah^^
























Percubaan Pertama

Assalamualaikum ,annyeonghaseyo dan selamat sejahtera ^^ 


         Mungkin ramai yg masih tak mengenali siapakah saya kerana saya bukan lah seorang yang famous atau dikenali ramai, hanya seorang pelajar universiti yang menuntut di universiti awam di Malaysia. Saya dikenali sebagai Yaya di kalangan kawan-kawan.

         Penghasilan blog ini sebenarnya selepas dicadangkan oleh ayah dan adik kerana melalui blog sahaja mereka lebih mengetahui perkembangan saya di bumi Korea ini. Pada mulanya saya memang tak suka menulis (apatah lagi membaca), namun demi keluarga dan rakan2 yang rata2 ingin mengetahui perkembangan saya disini, boleh membacanya melalui blog^^

        Sedikit sebanyak mengenai diri saya, saya merupakan pelajar universiti awam di Malaysia yg kini sedang melanjutkan pengajian di Kongju, Korea Selatan dalam program Pertukaran Pelajar ke Kongju National University. Saya telah tiba di Korea sejak akhir bulan Februari yg lalu, dan kini sudah sebulan saya berada disini. Saya akan berada disini selama setahun. Oleh itu, banyak perkara yg akan saya kongsi selepas ini^^ sila nantikannya~