Mungkin ramai yg masih tak mengenali siapakah saya kerana saya bukan lah seorang yang famous atau dikenali ramai, hanya seorang pelajar universiti yang menuntut di universiti awam di Malaysia. Saya dikenali sebagai Yaya di kalangan kawan-kawan.
Penghasilan blog ini sebenarnya selepas dicadangkan oleh ayah dan adik kerana melalui blog sahaja mereka lebih mengetahui perkembangan saya di bumi Korea ini. Pada mulanya saya memang tak suka menulis (apatah lagi membaca), namun demi keluarga dan rakan2 yang rata2 ingin mengetahui perkembangan saya disini, boleh membacanya melalui blog^^
Sedikit sebanyak mengenai diri saya, saya merupakan pelajar universiti awam di Malaysia yg kini sedang melanjutkan pengajian di Kongju, Korea Selatan dalam program Pertukaran Pelajar ke Kongju National University. Saya telah tiba di Korea sejak akhir bulan Februari yg lalu, dan kini sudah sebulan saya berada disini. Saya akan berada disini selama setahun. Oleh itu, banyak perkara yg akan saya kongsi selepas ini^^ sila nantikannya~

No comments:
Post a Comment