Assalamualaikum, 안녕하세요?
hihi..hari ini saya nak cerita psl universiti saya. Sekarang sudah sebulan saya disini. Kehidupan universiti boleh tahan, boleh dikatakan susah juga. Walaubagaimanapun, disebabkan saya ada asas bahasa Korea yang agak kukuh, ia amat membantu saya dalam kehidupan seharian disini. Sebagai pelajar pertukaran, saya hanya mengambil 4 mata pelajaran, iaitu Korean Language Writing and Listening, Korean Language Speaking and Reading, Korean Linguistic dan kelas English. Sebenarnya tujuan saya mengambil kelas bahasa Inggeris adalah disebabkan ingin bertemu rakan2 Korea yang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Berlatarbelakangkan asas bahasa Korea yang hanya lebih kepada pertuturan seharian (major saya ialah Korean Studies di UM) namun, apabila melibatkan penggunaan ayat yg bersifat teknikal seperti di dalam kelas Korean Linguistic, saya dan Uni mengalami pelbagai kesukaran untuk memahami apa yg di ajar oleh pensyarah. Pensyarahnya yang berloghatkan saturi 사투리 wilayah Gyeongsang-do ( wilayah yang menempatkan beberapa bandar besar Korea Selatan seperti Daegu, Busan, Ulsan dan sbgnya yang semestinya jauh berbeza berbanding bahasa Korea standard) ketika mengajar menambahkan lagi kesukaran kami untuk memahami apa yang diajar T.T kebiasaan selepas kelas saya dan Uni akan mengeluh '오늘도, 또 무슨 말인지 모리겠어!' atau ' Hari ini, sekali lagi taktau apa yg dikatakan beliau!' haha..ternyata ayat ini sudah menjadi trademark kami di kelas beliau.
Apabila bercerita mengenai kawasan persekitaran universiti saya, sebenarnya universiti saya terletak di kawasan bersejarah kuno Korea iaitu dahulunya wilayah ini dikenali sebagai wilayah Paekchae, Shilla dan dapat dilihat disini masih terdapat kubu- kubu pertahanan yang masih dijaga rapi sehingga kini. Terdapat sebatang sungai yang sangat cantik berdekatan dengan universiti, Keum Kang (금강) atau Sungai Emas yg mempunyai kepanjangan 86 KM. Menurut rakan2 disini, sekiranya musim panas, ramai orang memancing di sini. Tentu pelbagai jenis spesis ikan terdapat disini.궁금해~ ㅋㅋ Di persisir sungai juga dapat dilihat ramai yang melakukan aktiviti bersenam, mengayuh basikal yang dapat dipinjam secara percuma atau melakukan piknik bersama keluarga atau rakan2 terutamanya pada musim bunga. Rakan saya mengatakan permandangan di persekitaran sungai pada musim bunga sangat cantik kerana pelbagai bunga akan mekar. Oleh itu, sekiranya bunganya sudah mekar saya akan mengupload ke dalam blog ini. Sila nantikannye~
 |
| permandangan sekeliling kampus |
 |
| jalan yg harus dituruni dan dinaiki sekiranya ingin ke kelas T.T tinggi!~~ |
 |
| Pelbagai aktiviti pelajar dilakukan di stadium ini seperti Festival menyambut pelajar baru (freshman) dan sebagainya |
 |
| di kisuksa atau asrama |
 |
| ketika di kelas |
 |
| permandangan di sekitar Keum Kang |
 |
| disebabkan gambar ini diambil ketika musim sejuk, hanya dapat dilihat sungai sahaja^^ |
 |
| dapat lihat di seberang sungai merupakan tapak2 kubu zaman kuno dahulu |