Assalamualaikum 안녕하세요,
Pada jumaat lepas, 29 Mac saya dan rakan2 Indonesia, Uni dan Putri telah melancong ke Daegu, Korea Selatan. Walaupun ini bukanlah kali pertama ke Daegu, namun perasaan pergi bersendirian bersama teman2 baru sesungguhnya sesuatu pengalaman yg baru.
Selepas tamat kelas jam 10, saya dan Uni bergegas ke dorm masing2 untuk mengemas barang dan telah berjanji untuk bertemu kak putri pada pukul 12 di apartment beliau, yang berdekatan dgn uni kami. Selepas segalanya selesai, kami bertiga memulakan perjalanan dengan menaiki bas dari Terminal Kongju untuk ke Usong (우성). Setibanya kami di sana, kami telah mengambil subway atau jihachol (지하철) untuk ke stesyen Daejeon. Dari stesyen ini, kami telah menggunakan khidmat KTX atau Korea Train Express yang merupakan antara bullet train terlaju di dunia. Perjalanan ke Daegu yang biasanya memakan masa 2 jam, dapat disingkatkan selama 1 jam sahaja dari Daejon ke Daegu.
 |
Uni dan kak Putri semasa di stesyen Daejeon
|
Setibanya di Daegu pada kira2 pukul 4, suhu yang semakin meningkat dan cuaca yg sederhana menyambut ketibaan kami. Kami terus menuju ke destinasi kami iaitu Kyungpook National University. Tujuan saya ke Daegu sebenarnya adalah untuk bertemu teman2 dari Malaysia yang juga merupakan teman seuniversiti di Malaysia. Selain itu, tujuan utama saya ke Daegu juga untuk berjumpa kawan2 Korea iaitu Kim Seungho dan Yu Jaegon yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Kami sebenarnya telah bertemu di Korea sebelum sekali lagi bertemu di Malaysia kerana mereka merupakan pelajar pertukaran ke UM pada semester lepas. Kami memang agak rapat kerana sering keluar bersama2. Oleh itu, peluang melancong ke Daegu sememangnya sangat mengembirakan saya.
 |
| Permandangan indah cherry blossom 벚꽃 di Kyungpook National University |
 |
| oppa yg sudah lama tak ketemui Yu Jaegon |
 |
| bersama oppa yg selalu wat kecoh Kim Seungho |
 |
| kawan2 UM yg kini sedang belajar di Kyungpook National University. Kami ke restoran Kazashtan untuk menikmati makanan halal, al maklumla, di Korea memang susah nak dpt makanan halal. |
 |
| Ish2..nasi ni ciput je, rasa pun tak la sedap sgt..habis 8000 won (Rm24) T.T |
 |
| 맛있는 핑수 Pingsu ni macam ABC je, cuma jenis yg simple. Rasanya juga sedap^^ |
 |
| kimbab yg dikira murah berharga 2500 won (RM7.50) |
 |
| Saya dan Uni di Hyundai Department Store ketika dibawa berjalan2 keliling downtown Daegu oleh kawan Korea Seungho oppa |
Selepas menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam, kami telah berangkat pulang ke Kongju dengan menaiki Mugunghwa (무궁화) iaitu seperti KTM di Malaysia. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 50 minit. sememangnya pengalaman melihat bunga sakura atau beotkkot 벚꽃 merupakan pengalaman yg sukar dilupakan. SubahanAllah, memang cantik betul ciptaan Allah^^
Salam kenal dari Ulsan, Korea :) Jemput datang ke Blog
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya Diana. Saya akan ke KNU pada Mei 2017 ni. Ada lagi tak kawan pelajar Malaysia kat sana untuk bantu saya di sana? Terima kasih.
ReplyDelete